Tuesday 21 February 2012

Pemilihan & Penyimpanan Makanan - Ikan Isi Putih & Ikan Berminyak

Antara sebab pengambilan ikan penting ialah kerana ia membekalkan di antara 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan, berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi. 
Ikan Isi Putih-Bawal

Ikan Isi Putih-Jelawat

Ikan Isi Putih-Kekek

Ikan Isi Putih_Merah

Ikan Isi Putih-Parang

Ikan Isi Putih-Senangin

Sumber : Berita Harian

Hasil kajian juga sudah membuktikan ikan mengandungi protein berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus dan membantu mengurangi risiko berbagai penyakit merangkumi sakit jantung serta kanser. 

Oleh itu, tidak mustahil apabila statistik menunjukkan sehingga 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan meningkat sehingga 56 peratus pada 2010.

Ikan turut mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah. Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasaskan ikan. 

Khasiat ikan sudah pun dibuktikan dalam berbagai penelitian kesihatan dalam dan luar negara yang memperlihatkan kebaikan ikan bagi kanak-kanak, ibu hamil dan orang dewasa. 
Antaranya, kajian penelitian di luar negara pada 2004, mendapati wanita yang mengambil ikan secara rutin sepanjang kehamilan akan mempunyai anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang lebih baik sebelum usia 18 bulan. Kajian penelitian yang membabitkan lebih 7,000 kanak-kanak itu berusaha menunjukkan, hubungan menu ikan dengan perkembangan neurologi dan aspek kognitif. 

Ikan Berminyak-Cencaru

Ikan Berminyak-Bawal Hitam


Penelitian lain turut memperlihatkan bahawa risiko melahirkan bayi pramatang dapat dikurangkan secara signifikan apabila ibu banyak mengambil ikan selama kehamilannya. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain pula menemukan kesan positif lainnya, memakan ikan dapat membantu kelahiran bayi dengan berat normal. 

Ikan Berminyak-Kembung
Ikan Berminyak-Salmon

Ikan Berminyak-Sembilang


Bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kandungan protein dalam isi ikan berbeza mengikut corak pemakanan, jantina, umur, kandungan lemak dan air di persekitaran. Ikan yang kurang berlemak mengandungi protein lebih tinggi berbanding ikan berlemak dan ia menyimpan lemak di dalam hati. 

Ikan siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang berlemak. Jenis ikan berlemak pula ialah yang menyimpan lemak dalam tisu badan yang lain seperti kembung, cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning. 

Bagi anda yang mahu membeli atau memilih ikan untuk dimasak beberapa perkara boleh dijadikan panduan. Antaranya, perhatikan terlebih dulu warna insang ikan berkenaan. Ikan yang baik dan segar, lazimnya warna insang adalah merah dan bukannya hitam atau lebam. Jika ikan bersisik pula pastikan sisiknya masih penuh dan tidak mudah tertanggal. 

Ikan Berminyak-Tenggiri

Ikan Berminyak-Terubuk

Ikan Berminyak-Tongkol

Ikan Berminyak-Tongsan

Untuk mengetahui dan membezakan sama ada itu segar atau tidak, anda juga boleh menekan pada bahagian perutnya. Jika sudah lembik bererti sudah lama dan elak daripada membelinya kerana kurang berkhasiat. 

Selain itu jangan tertipu dengan warna kulit ikan yang kelihatan segar terutama ikan kembung ataupun ikan cencaru kerana peniaga yang tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan air minuman berkarbonat untuk tujuan berkenaan. 

INFO: Beberapa petua mengenai ikan: 

  • Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika anda tidak mempunyai kelengkapan, ia perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tetapi ingat, ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas surat khabar seekor demi seekor dan jangan sesekali mencampurkannya. Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam. 


  • Bagi mengelakkan ikan melekat di dalam kuali apabila digoreng, anda bolehlah memasukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan berkenan. Anda akan dapati ikan itu bukan saja tidak melekat tetapi juga cepat garing.


  • Asam jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas di dalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian, barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Gosok hingga bersih dan putih serta hilang bau hanyir. 


  • Untuk menghilangkan hanyir ikan sungai antara yang boleh dilakukan ialah rendamkan ikan yang sudah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama 10 minit dan dibilas dengan air biasa, barulah ia boleh dimasak. 


  • Bagi menghilangkan ikan darat (air tawar) pula, petua yang boleh diamalkan ialah gaul dan ramas ikan berkenaan dengan beberapa daun serai dan sedikit asam jawa. Perapkan ikan itu beberapa minit, kemudian dibilas dengan air biasa. 


  • Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah rendamkan ikan itu di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan. 


  • Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara yang mudah ialah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapati sisiknya mudah tertanggal. 
  • Thursday 16 February 2012

    Aktiviti Luar Kelas Selari Dengan Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

    Hari ini, saya berminat untuk membincangkan  tentang Falsafah Pendidikan Negara kita.  Idea nak menulis tentang FP ni bermula apabila saya membaca satu status di fb milik seorang guru yang amat saya hormati prinsip dan pendiriannya iaitu Sahar Jalldin. Beliau merupakan abang angkat yang amat saya kenali sejak belajar di UPM lagi. Beliau juga antara penyebab saya bertemu jodoh dengan suami yang merupakan sahabat lagi teman serumah suami saya selepas beliau menamatkan pengajian di UPM. Ketika belajar di UPM, beliau pernah menyandang jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.  Sekarang pula, beliau merupakan Pengerusi Guru Kaunseling Zon Sentul. Apa yang menyebabkan saya kagum dengan semangatnya ialah, walaupun merupakan guru Bimbingan & Kaunseling beliau amat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.  

    Aktiviti Pasca PMR 2011- Lawatan sambil Belajar Ke Putrajaya

    Sedang menunggu giliran untuk masuk ke Muzium Roti

    Pelajar gembira dapat bawa balik buah tangan untuk ibu bapa

    Apa yang ditulis di status FBnya berbunyi:

    Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Namun begitu, daripada segi keseimbangan kepentingan, kerap terjadi peranan dan kepentingan kokurikulum di ke sampingkan sama ada secara disengajakan atau tidak disengajakan. Walhal peranan dan kepentingan kokurikulum mencakupi kasad yang cukup luas. Antaranya ialah membina negara menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan pelajar, membantu perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan pembangunan diri individu melalui pelbagai kemahiran yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran kokurikulum itu sendiri. Justeru itu, arah tuju penulisan ini, berusaha untuk merungkai hubungan antara kokurikulum dengan kemahiran generik melalui analisis deskriptif berdasarkan penulisan dan penyelidikan disiplin kokurikulum dan kemahiran generik yang terdahulu. Adalah diyakini kokurikulum mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan kemahiran generik di kalangan pelajar. Oleh itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di tempat yang ‘hak’ dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    mendefinisikan kokurikulum sebagai aktiviti yang berbentuk pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan pengalaman-pengalaman pengajaran. Komponen kokurikulum termasuklah badan beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan. Menurut Vasudevan T. Arasoo (1988) pula kokurikulum pada amnya dapat dibahagikan kepada kegiatan di dalam kelas dan di luar kelas. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Tujuan kokurikulum ialah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga bukan akademik.

    Mungkin ada isu yang berlaku di sekolah disebalik status itu.Yela, Sahar Jalldin yang saya kenali bukan seorang yang gemar mengupdate status fbnya. Mungkin menegur secara sinis pelajar-pelajar yang mengambil ringan tentang aktiviti koko atau menegur rakan-rakan sejawat yang merasakan aktiviti koko ni membebankan kot. hihihi.. Itu pandangan saya sahaja. 

    Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. 

    Saya yakin, guru-guru di luar sana bukan berniat untuk memandang ringan  aktiviti koko tetapi terlalu fokus dan terbeban dengan aktiviti di dalam kelas dan tugas-tugas lain-lain. Tambahan pula, sesetengah pentadbir hanya mengambil berat tentang P&P di dalam kelas, TOV, ETR, GP, bilangan lulus atau bilangan yang dapat A dalam setiap mata pelajaran tersebut. Itu yang menyebabkan aktiviti kokurikulum dirancang sambil lewa sahaja. Bukan saja aktiviti koko, kadang-kadang ada guru yang ambil remeh tugasan amali (PBS) kerana lebih pentingkan keputusan ujian/peperiksaan yang lebih dirasakan penting


    Intan : Pelajar kesayangan cikgu ni dah berpindah ke SMK Teknik Gombak. Semoga potensi diri Intan terus bersinar di sana. Terima kasih kerana banyak membantu cikgu

    Melihat muka murid-murid yang berseri-seri menyebabkan kepenatan menguruskan Paper Work dan lain-lain hilang... Berbaloi-baloi..


    Kenangan semua peserta rombongan ke Bread Town Shah Alam anjuran Panitia KHB.

    Bengkel Penyediaan Coklat yang diuruskan secara sepenuhnya  oleh ahli Persatuan Badan Beruniform Pandu Puteri Renjer

    AJK yang bekerja keras dalam memastikan program ini berjalan lancar daripada persediaan kertas kerja sehinggalah majlis penutup

    Saya yakin,  pengalaman di luar kelas itu sebenarnya lebih bermakna dan dikenang oleh para guru dan murid-murid. Guru-guru sepatutnya berusaha menjadi guru penasihat yang baik bagi setiap kelab/persatuan yang diceburinya. Jangan bagi pelbagai alasan seperti tak tahu, tak ada pengalaman atau tidak berminat. Sebagai pendidik kita mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan potensi diri murid. Tapi macam mana nak bangunkan potensi dalam diri orang lain jika potensi diri guru itu sendiri terkubur???.  Pentadbir pula hendaklah menyokong guru dengan tindakan adil ketika mengagihkan tugas sebagai guru penasihat atau tugas-tugas lain. Tidaklah guru-guru merasa terbeban dan dianak tirikan. 

    Kesimpulannya cikgu, fikir-fikirkan, adakah sepanjang tempoh kita mengajar ( 4 tahun/14 tahun/20 tahun) ini kita ada menjadikan Falsafah Pendidikan Negara itu sebagai pegangan atau yang kita pegang itu Falsafah kita sahaja. 

    Sekian..




    AJK Pandu Puteri Renjer 2011


    Penuh Peti Sejuk Dengan Dadih untuk Jualan hari Kantin 2011

    Ada lagi dalam kotak ni coz peti sejuk tak muat nak simpan 150 bekas dadih

    Bukan Dadih je tau, Lompat Tikam pon ada





    Minggu Akademik ; Ceramah & Pameran Kepenggunaan

    Pameran Barang-barang Tiruan


    Pemain Bola Baling Bawah 15 Tahun 2011


    Siti Zubaidah yang merupakan bekas atlet sekolah pon turut hadir memberi sokongan kepada adik-adik Junior

    Nabila- merupakan pelajar yang cantik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum

    Para pemain sedang menunngu untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka



    Wednesday 15 February 2012

    Makanan Yang Halal lagi Baik

    Hari ini, seorang teman telah berkongsi satu info yang sangat baik tentang amalan makanan untuk memudahkan mengandung. Maklumlah, aku ni dah masuk 5 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bukan tak pernah merasa pengalaman mengandung, tapi tiada rezeki apabila kandungan yang dibawa mudah gugur apabila masuk usia 6 minggu. Bila diperiksa, rupa-rupanya aku ada masalah Sis yang membesar apabila mengandung. Yang peliknya, bila tak mengandung Sis tu hilang pula. Hihihi.. macam- macam penyakit di dunia ini..

    Banyak juga kata-kata yang sinis yang didengari. Ada yang kata aku ni terlalu fokus pada kerja, lasak sangat, jalan laju.. Tula susah mengandung.. Hihihi.. Macam-macamlah pendapat daripada kawan-kawan yang aku buat-buat tak dengar.. Ada juga yang kata aku ni tak nak anak.. Lucu pon ada.. Mereka bercakap macam lebih tahu daripada tuan punya badan.

    Orang tua pula, bila dah lama anak kawin, tapi masih tak dapat tengok mata cucu macam-macamlah cadangan yang diberikan. Ada cadangan yang disukai dan ada cadangan yang aku reject awal-awal. Bila ada yang cadangkan pergi mengurut sana sini, aku pegila.. Tapi bila ada yang suggest suruh jumpa bomoh, aku diamkan dan buat tak tahu je.. Sorryla, aku tak mahu bila mengandung lepas jumpa bomoh tu aku jadi percaya plak bomoh tu berkuasa.. Sedangkan aku percaya, Allah berikan anak lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 

    Baik juga kalau aku perbaiki cara aku mengambil makanan. Setahun kebelakangan ni, aku jadi tak kisah pula tentang makanan yang aku ambil. Tula sekarang berat badan makin bertambah-tambah.. Hihihi..Sedangkan dulu, aku paling jaga makan dan jarang ambil makanan mudah/proses. Setahun pertama mengajar kat sini bole kira dengan jari berapa kali aku makan kat kantin tu.. Pendek kata makan apa yang dimasak kat umah je. Makanan kat umah mmg bersih dan tak campur  MSG.  



    Antara nasihat temanku tadi adalah makan kurma dan minum susu kambing. Bila aku fikir-fikirkan makanan tu mmg jarang-jarang aku ambil. Sedangkan itulah makanan yang paling baik kerana diambil oleh para nabi-nabi terdahulu.  Teringat pulak nasihat suami bila aku merengek-rengek minta dibelikan bubur MCD kegemaranku yang mmg tabiat itu tidak digemari suami. Suami cakap : Setiap penyakit itu berpunca daripada makanan.. Aku percaya kata-katanya benar tapi aku buat-buat tak dengar je coz aku suka sangat bubur tu la ni... Hihihi..  So, dalam aku mencari-cari maklumat di internet tentang amalan makanan yang baik menurut Islam, aku teringin pula berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana... Silalah baca sampai habis ye...
    Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

    1. Mengapa Halal?
    Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

    a. Perintah Tuhan
    Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

    Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
    “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
    (Surah al-Baqarah: 168)

    Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
    “Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

    Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


    b. Mengelakkan daripada azab Neraka
    Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

    Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

    Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


    c. Doa makbul
    Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

    Rasulullah bersabda:
    “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

    Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


    d. Diterima Amalan
    Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

    Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


    e. Hati bersih
    Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


    2
    . Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
    Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

    Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

    a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

    b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

    c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

    Dah habis dah... (o^0)..



    Tuesday 14 February 2012

    Janganlah pandang rendah subjek ERT..

    Objektif Pembelajaran : Bab Makanan & Pemakanan Tingkatan 4
    Terbayang-bayang peristiwa beberapa orang pelajar di kelas saya yang beriya-iya nak mohon tukar ke kelas lain. Alasan yang mereka berikan, nak kelas yang offer subjek Prinsip Akaun. Ada juga yang hantar kakak / surat dari penjaga untuk benarkan anak mereka tukar ke kelas lain. Bila saya semak keputusan PMR, subjek Matematik dapat C/D. Alahai, macam mana  tu.. Lagak mengalahkan bakat.

    Ada juga suara yang saya dengar-dengar, ramai yang tak nak masuk ke kelas Kenanga / Mawar ini kerana tidak mahu ambil subjek ERT. Takda class katanya kalau ambil ERT. Subjek tu untuk budak kelas belakang...
    Betul ke pendapat tu????
    Cuba la semua kaji, apa Sukatan subjek ERT tu..
    Kalau ikutkan, rasa tertekan juga nak ajar subjek ERT tu bila ada yang kata subjek tu tak penting, takda kebaikan bagi jangkamasa panjang... Kalau boleh, sebelum suarakan pendapat tu, kita kaji dulu apa Sukatan Pelajaran  subjek tu ye... jangan main cakap sahaja... Hihihi.. bukan marah, just nak share pandangan..

    Bila kena brain wash dengan saya dan mulakan P&P, barulah mereka sedar yang ada value juga subjek ERT ni. Dah tak nak tukar ke kelas lain dah... Itu la namanya, Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Hihihi..