Hari ini, seorang teman telah berkongsi satu info yang sangat baik tentang amalan makanan untuk memudahkan mengandung. Maklumlah, aku ni dah masuk 5 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bukan tak pernah merasa pengalaman mengandung, tapi tiada rezeki apabila kandungan yang dibawa mudah gugur apabila masuk usia 6 minggu. Bila diperiksa, rupa-rupanya aku ada masalah Sis yang membesar apabila mengandung. Yang peliknya, bila tak mengandung Sis tu hilang pula. Hihihi.. macam- macam penyakit di dunia ini..
Banyak juga kata-kata yang sinis yang didengari. Ada yang kata aku ni terlalu fokus pada kerja, lasak sangat, jalan laju.. Tula susah mengandung.. Hihihi.. Macam-macamlah pendapat daripada kawan-kawan yang aku buat-buat tak dengar.. Ada juga yang kata aku ni tak nak anak.. Lucu pon ada.. Mereka bercakap macam lebih tahu daripada tuan punya badan.
Orang tua pula, bila dah lama anak kawin, tapi masih tak dapat tengok mata cucu macam-macamlah cadangan yang diberikan. Ada cadangan yang disukai dan ada cadangan yang aku reject awal-awal. Bila ada yang cadangkan pergi mengurut sana sini, aku pegila.. Tapi bila ada yang suggest suruh jumpa bomoh, aku diamkan dan buat tak tahu je.. Sorryla, aku tak mahu bila mengandung lepas jumpa bomoh tu aku jadi percaya plak bomoh tu berkuasa.. Sedangkan aku percaya, Allah berikan anak lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Baik juga kalau aku perbaiki cara aku mengambil makanan. Setahun kebelakangan ni, aku jadi tak kisah pula tentang makanan yang aku ambil. Tula sekarang berat badan makin bertambah-tambah.. Hihihi..Sedangkan dulu, aku paling jaga makan dan jarang ambil makanan mudah/proses. Setahun pertama mengajar kat sini bole kira dengan jari berapa kali aku makan kat kantin tu.. Pendek kata makan apa yang dimasak kat umah je. Makanan kat umah mmg bersih dan tak campur MSG.
Antara nasihat temanku tadi adalah makan kurma dan minum susu kambing. Bila aku fikir-fikirkan makanan tu mmg jarang-jarang aku ambil. Sedangkan itulah makanan yang paling baik kerana diambil oleh para nabi-nabi terdahulu. Teringat pulak nasihat suami bila aku merengek-rengek minta dibelikan bubur MCD kegemaranku yang mmg tabiat itu tidak digemari suami. Suami cakap : Setiap penyakit itu berpunca daripada makanan.. Aku percaya kata-katanya benar tapi aku buat-buat tak dengar je coz aku suka sangat bubur tu la ni... Hihihi.. So, dalam aku mencari-cari maklumat di internet tentang amalan makanan yang baik menurut Islam, aku teringin pula berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana... Silalah baca sampai habis ye...
Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.
1. Mengapa Halal?
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
a. Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.
Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
b. Mengelakkan daripada azab Neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)
Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
c. Doa makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.
Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
d. Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
e. Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”
Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”
Dah habis dah... (o^0)..
No comments:
Post a Comment