Thursday 16 February 2012

Aktiviti Luar Kelas Selari Dengan Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Hari ini, saya berminat untuk membincangkan  tentang Falsafah Pendidikan Negara kita.  Idea nak menulis tentang FP ni bermula apabila saya membaca satu status di fb milik seorang guru yang amat saya hormati prinsip dan pendiriannya iaitu Sahar Jalldin. Beliau merupakan abang angkat yang amat saya kenali sejak belajar di UPM lagi. Beliau juga antara penyebab saya bertemu jodoh dengan suami yang merupakan sahabat lagi teman serumah suami saya selepas beliau menamatkan pengajian di UPM. Ketika belajar di UPM, beliau pernah menyandang jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.  Sekarang pula, beliau merupakan Pengerusi Guru Kaunseling Zon Sentul. Apa yang menyebabkan saya kagum dengan semangatnya ialah, walaupun merupakan guru Bimbingan & Kaunseling beliau amat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.  

Aktiviti Pasca PMR 2011- Lawatan sambil Belajar Ke Putrajaya

Sedang menunggu giliran untuk masuk ke Muzium Roti

Pelajar gembira dapat bawa balik buah tangan untuk ibu bapa

Apa yang ditulis di status FBnya berbunyi:

Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Namun begitu, daripada segi keseimbangan kepentingan, kerap terjadi peranan dan kepentingan kokurikulum di ke sampingkan sama ada secara disengajakan atau tidak disengajakan. Walhal peranan dan kepentingan kokurikulum mencakupi kasad yang cukup luas. Antaranya ialah membina negara menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan pelajar, membantu perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan pembangunan diri individu melalui pelbagai kemahiran yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran kokurikulum itu sendiri. Justeru itu, arah tuju penulisan ini, berusaha untuk merungkai hubungan antara kokurikulum dengan kemahiran generik melalui analisis deskriptif berdasarkan penulisan dan penyelidikan disiplin kokurikulum dan kemahiran generik yang terdahulu. Adalah diyakini kokurikulum mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan kemahiran generik di kalangan pelajar. Oleh itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di tempat yang ‘hak’ dalam sistem pendidikan di Malaysia.

mendefinisikan kokurikulum sebagai aktiviti yang berbentuk pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan pengalaman-pengalaman pengajaran. Komponen kokurikulum termasuklah badan beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan. Menurut Vasudevan T. Arasoo (1988) pula kokurikulum pada amnya dapat dibahagikan kepada kegiatan di dalam kelas dan di luar kelas. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Tujuan kokurikulum ialah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga bukan akademik.

Mungkin ada isu yang berlaku di sekolah disebalik status itu.Yela, Sahar Jalldin yang saya kenali bukan seorang yang gemar mengupdate status fbnya. Mungkin menegur secara sinis pelajar-pelajar yang mengambil ringan tentang aktiviti koko atau menegur rakan-rakan sejawat yang merasakan aktiviti koko ni membebankan kot. hihihi.. Itu pandangan saya sahaja. 

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. 

Saya yakin, guru-guru di luar sana bukan berniat untuk memandang ringan  aktiviti koko tetapi terlalu fokus dan terbeban dengan aktiviti di dalam kelas dan tugas-tugas lain-lain. Tambahan pula, sesetengah pentadbir hanya mengambil berat tentang P&P di dalam kelas, TOV, ETR, GP, bilangan lulus atau bilangan yang dapat A dalam setiap mata pelajaran tersebut. Itu yang menyebabkan aktiviti kokurikulum dirancang sambil lewa sahaja. Bukan saja aktiviti koko, kadang-kadang ada guru yang ambil remeh tugasan amali (PBS) kerana lebih pentingkan keputusan ujian/peperiksaan yang lebih dirasakan penting


Intan : Pelajar kesayangan cikgu ni dah berpindah ke SMK Teknik Gombak. Semoga potensi diri Intan terus bersinar di sana. Terima kasih kerana banyak membantu cikgu

Melihat muka murid-murid yang berseri-seri menyebabkan kepenatan menguruskan Paper Work dan lain-lain hilang... Berbaloi-baloi..


Kenangan semua peserta rombongan ke Bread Town Shah Alam anjuran Panitia KHB.

Bengkel Penyediaan Coklat yang diuruskan secara sepenuhnya  oleh ahli Persatuan Badan Beruniform Pandu Puteri Renjer

AJK yang bekerja keras dalam memastikan program ini berjalan lancar daripada persediaan kertas kerja sehinggalah majlis penutup

Saya yakin,  pengalaman di luar kelas itu sebenarnya lebih bermakna dan dikenang oleh para guru dan murid-murid. Guru-guru sepatutnya berusaha menjadi guru penasihat yang baik bagi setiap kelab/persatuan yang diceburinya. Jangan bagi pelbagai alasan seperti tak tahu, tak ada pengalaman atau tidak berminat. Sebagai pendidik kita mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan potensi diri murid. Tapi macam mana nak bangunkan potensi dalam diri orang lain jika potensi diri guru itu sendiri terkubur???.  Pentadbir pula hendaklah menyokong guru dengan tindakan adil ketika mengagihkan tugas sebagai guru penasihat atau tugas-tugas lain. Tidaklah guru-guru merasa terbeban dan dianak tirikan. 

Kesimpulannya cikgu, fikir-fikirkan, adakah sepanjang tempoh kita mengajar ( 4 tahun/14 tahun/20 tahun) ini kita ada menjadikan Falsafah Pendidikan Negara itu sebagai pegangan atau yang kita pegang itu Falsafah kita sahaja. 

Sekian..




AJK Pandu Puteri Renjer 2011


Penuh Peti Sejuk Dengan Dadih untuk Jualan hari Kantin 2011

Ada lagi dalam kotak ni coz peti sejuk tak muat nak simpan 150 bekas dadih

Bukan Dadih je tau, Lompat Tikam pon ada





Minggu Akademik ; Ceramah & Pameran Kepenggunaan

Pameran Barang-barang Tiruan


Pemain Bola Baling Bawah 15 Tahun 2011


Siti Zubaidah yang merupakan bekas atlet sekolah pon turut hadir memberi sokongan kepada adik-adik Junior

Nabila- merupakan pelajar yang cantik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum

Para pemain sedang menunngu untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka



No comments:

Post a Comment